3 sebab Ketua Pengarah J-KOM perlu berundur

- Advertisement -

1) GAGAL menyampaikan dasar dan insentif kerajaan.

Seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff selepas dilantik, tugas J-KOM adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan betul dan tepat.

Dan jelas J-KOM di bawah pimpinan Dr. Agus gagal melaksanakan amanah tersebut. Perkara ini diakui sendiri oleh penyokong PH dan BN termasuk pemimpin DAP.

Tapi mungkin juga kegagalan ini adalah disebabkan oleh pemimpin PH-BN sendiri yang terlalu banyak berpolitik berbanding melaksanakan tugas sebagai kerajaan.

2) Hanya menjadi mesin propaganda parti pemerintah.

Sudahlah gagal menjalankan tugas utama sebagai lidah kerajaan, Ketua Pengarah J-KOM ini juga dilihat begitu sibuk mensucikan kerajaan madani dan Perdana Menteri ke-10 (PMX).

Lihat sahaja bahan-bahan yang dihasilkan di laman rasmi jabatan tersebut, begitu banyak fakta yang mengelirukan. Poster, video, penulisan semuanya jauh tersasar daripada hakikat sebenar di lapangan.

Poster kos perbelanjaan dapur RM228 sebulan mungkin adalah satu-satunya kejayaan J-KOM di bawah Dr. Agus dengan mendapat capaian meluas.

3) Tidak profesional dalam tugasan.

J-KOM adalah jabatan di bawah kerajaan dan bukannya media parti. Maka, Ketua Pengarah J-KOM seharusnya profesional dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Namun malangnya hari ini kenyataan beliau yang menghina parti lawan jauh lebih banyak daripada bahan yang menerangkan mengenai inisiatif kerajaan.

Sebelum marah kepada penjawat awam yang aktif berpolitik, mungkin wajar dinasihatkan dahulu Pengarah J-KOM yang lebih politik dari Ketua Penerangan parti. 

Jangan lupa, Kerajaan PH-BN telah memperuntukkan RM18.6 juta duit rakyat untuk J-KOM.

Jika inilah pencapaiannya, maka jelas penubuhan J-KOM dan pelantikan Dr. Agus adalah satu pembaziran yang langsung tidak memberi manfaat kepada kerajaan mahupun rakyat.

Wajar PH-BN ditolak rakyat kerana ada terlalu banyak liabiliti dalam kerajaan madani. Ambillah pengajaran daripada kekalahan. Perbaiki struktur kerajaan dari peringkat jabatan sehingga ke menteri. Lantik yang layak dan berhak, bukan kaki ampu yang merosakkan.

Budaya jilat-menjilat yang begitu ekstrem ini hanya akan memakan diri.

Sekian.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Negeri Selangor
15 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 15/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -