PERIKATAN NASIONAL Terengganu realisasi hasrat 32+1

Orang ramai memenuhi Dewan Tok Guru di Rusila bagi mengikuti keputusan PRN Terengganu.
- Advertisement -

MARANG: PERIKATAN NASIONAL (PN) Terengganu yang membabitkan gabungan PAS dan Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri dengan menyapu bersih 32 kerusi Dun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

- Advertisement -

Berdasarkan keputusan sehingga jam 11.00 malam ini, PN berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui pilihan raya kecil yang diadakan serentak.

Dengan keputusan itu, hasrat PN untuk mencatatkan keputusan 32+1 tercapai yang menyaksikan dua bekas menteri besar gagal mempertahankan kerusi penggal lalu iaitu Dato’ Seri Ahmad Said (Kijal) dan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir).

Menteri Besar penggal lalu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya mempertahankan kerusi Dun Ru Rendang setelah memperoleh 20,927 undi menewaskan calon PH, Suhaimi Sulaiman yang memungut 3,641 undi. – HARAKAHDAILY 12/8/2023

- Advertisement -