YDP PAS Port Dickson menang di DUN Bagan Pinang

- Advertisement -

SEREMBAN: Yang Dipertua PAS Kawasan Port Dickson, Ustaz Abdul Fatah Zakaria terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

- Advertisement -

Calon PERIKATAN NASIONAL itu menang dengan majoriti 3,426 undi apabila memperolehi 10,921 undi menewaskan calon BN, Mohd Najib Mohd Isa.

Mohd Najib yang merupakan anak kepada veteran Umno, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang memperolehi 7,495 undi.

Selain DUN Bagan Pinang, PERIKATAN NASIONAL juga secara rasmi telah memenangi dua lagi DUN seperti yang dipaparkan di laman sesawang ‘Dashboard Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 11.00 malam.

Dua DUN tersebut ialah DUN Serting yang dimenangi oleh Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa dan Gemas yang diwakili Ridzuan Ahmad.

Sehingga jam 11.00 malam masih terdapat lapan DUN lagi masih belum ada keputusan iaitu Bukit Kepayang, Jeram Padang, Rantau, Mambau, Seremban Jaya, Juasseh, Labu dan Paroi. – HARAKAHDAILY 12/8/2023

- Advertisement -