6 bukti BN gagal tunai manifesto

- Advertisement -

ADA 99 tawaran Barisan Nasional pada PRU15. Banyak yang gagal ditunaikan. Walaupun BN membentuk kerajaan bersama PH, ini tidak bermakna BN boleh memungkiri janji-janji mereka dalam PRU15 lalu.

Berikut disenaraikan 6 bukti:

(1) Tawaran 1: Skim bantuan pendapatan asas.

BN janji bantuan akan dikreditkan setiap bulan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,208.

Sehingga hari ini, langsung tiada maklumat terkini berkenaan skim tersebut. Malahan rakyat terpaksa bergelut dengan inflasi dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

(2) Tawaran 4: Pemisahan jawatan dan fungsi peguam negara dan pendakwa raya.

Pada Mac 2023, Anwar Ibrahim kata pemisahan ini sedang dalam kajian, rumit dan mengambil masa.

Minggu ini kita mendapat berita bahawa Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes Zahid Hamidi digugurkan daripada pasukan pendakwaan. Ironi.

(3) Tawaran 5: Tubuh jawatankuasa khas Parlimen untuk tapis jawatan utama negara.

Itu yang dijanji. Yang berlaku adalah pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara tahun ini dibuat tanpa melalui saringan jawatankuasa khas Parlimen.

(4)Tawaran 16: Sediakan asuhan nasional percuma untuk semua kanak-kanak 6 tahun ke bawah.

Ini antara janji yang memikat hati para ibu bapa. Namun kenyataan hari ini kerajaan bukan sahaja gagal menyediakan asuhan nasional percuma, bahkan yuran taska dan tadika juga semakin mahal.

(5) Tawaran 24: Pengajian tinggi percuma kepada B40.

“Hal itu tidak mampu dilakukan kerajaan sekarang.” – Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Zahid membisu. Diam tanda setuju.

(6) Tawaran 31: Pemberian 100 peratus pembiayaan PTPTN kepada M40 ke bawah.

Jauh berbeza dari apa yang dijanji dan apa yang dibuat. Dalam Belanjawan 2023 Malaysia Madani, kerajaan hanya memberikan diskaun 20 peratus selama 3 bulan dan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan.

Langsung tiada inisiatif untuk pemberian pembiayaan kepada golongan M40 ke bawah. Mana Asyraf Wajdi?

Sekian. 

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah, 
Jabatan Penerangan PAS Pusat
9 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 9/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -