Tak dengki kamu naik helikopter, tapi mana tatakelola?

- Advertisement -

ORANG bukan sakit hati hang naik helikopter. 

Orang tegur kerana kamu dahulunya terkenal dengan slogan ‘tatakekola yang baik’ dan sering menyerang kerajaan pada masa tersebut yang kamu kata menyalahgunakan aset negara untuk berkempen. 

Kamu juga serang mereka kerana kononnya menyalahgunakan program-program rasmi kerajaan untuk berkempen.

Sekarang apa yang kamu serang mereka, kamupun buat juga. 

Paling kurang dahulu, mereka tak naik helikopter. 

Kamu, dahlah naik helikopter, kemudian dalam program-program resmi kerajaan, secara terang-terangan kamu berkempen.

Mereka sekeliling kamu yang dahulunya, bukan main bising perkara yang sama, turut bisu bersama-sama dengan kamu. 

Seolah-olahnya segala ‘Good Governance’ yang kamu timbulkan dulu, hanya terpakai kepada orang lain, tapi tidak kamu.

Itu yang orang pertikaikan, bukan isu dengki..

Rakyat menilai… 

DR AZNAN HASAN – HARAKAHDAILY 7/8/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02X6GLwNQd5N3pwmD2CcfSZMYZikv3NbvEhFreJJ6K86U545RGVVhc98QuvxUkhhT5l&id=100003178267140&mibextid=CDWPTG 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -