‘Kalau pihak lain buat salah, dia buat boleh’

Tuan Guru Abdul Hadi dalam pertemuan secara tertutup dengan 10 calon PAS yang diadakan di Markas PAS Pongsu Seribu, di Tasek Gelugor, hari ini.
- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dianggap kakitokrasi seperti yang digambarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apa yang disebut Tun Dr Mahathir ada kebenaran kerana mentadbir kerajaan mengikut selera sendiri.

“Kalau pihak lain buat salah, dia boleh,” katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di Markas PAS Pongsu Seribu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas janji bantuan kerajaan Pusat ketika kempen Pilihan Raya Negeri yang berlangsung sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan pemberian geran membabitkan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu sehari sebelum penamaan calon.

Malah pada ucapan sama Presiden Umno itu dilapor berkata, jumlah peruntukan akan dinaikkan sekiranya parti kerajaan menang PRN, 12 Ogos ini.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, dalam kamus politik, kakitokrasi ialah pemerintah daripada kalangan yang tidak tahu cara memerintah.

“Ini berlaku sekarang. Menimbulkan keresahan dalam jentera kerajaan dan rakyat. Bukan sahaja masa pilihan raya banyak janji yang tak boleh dibuat.

“Sekarang banyak perkara negatif berlaku termasuk mata wang Malaysia jatuh, inflasi, pelabur tak datang, macam-macam lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2023

- Advertisement -