Dasar MBI jadi panduan rakyat Kelantan

- Advertisement -

TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan meletakkan dasar yang jelas iaitu Membangun Bersama Islam (MBI) bagi memastikan kebaikan dapat dicapai selari dengan tuntutan Islam.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan menjadikan dasar MBI dengan memandu orang Islam dan rakyat pelbagai hidup dalam suasana aman damai.

- Advertisement -

Katanya, rakyat yang beriman tiada sebab mahu menolak sebuah dasar yang yang jelas selaras dengan tuntutan agama.

“Kita meletak dasar tersebut selari dan menepati keparcayaan yang ada dalam hati kita, tidak ada agama lain yang baik kecuali Islam. Islam adalah sistem sebuah kehidupan.

“Jadi menjadi satu tugas utama kita mempertahankan kerajaan Kelantan sedia ada, malah tiada sebab untuk mengubah sokongan,” katanya pada ceramah sempena Pelancaran Program PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan, di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.

Mengulas perkembangan sama ada beliau turut menjadi keutamaan dalam PRN kali ini, Kelantan menawarkan slogan ‘Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera’.

Selain itu, mempunyai pemimpin yang mampu memberi pandangan dan idea yang jauh ke hadapan.

“Kepimpinan kerajaan negeri juga membuktikan mampu merancang bagi kesejahteran rakyat dengan mewujudkan beberapa bandar baharu dan kawasan perumahan termasuk untuk generasi kedua Felda.

“Kelantan memberi fokus kepada sumber manusia dengan perancangan pembangunan bandar baharu bagi mewujudkan lebib banyak peluang pekerjaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2023

- Advertisement -