PRN: Rakyat bersedia beri sokongan kepada PN

Penyokong PERIKATAN NASIONAL daripada pelbagai kaum yang hadir pada majlis pengumuman calon, malam tadi
- Advertisement -

PETALING JAYA: Kehadiran ribuan penyokong pada majlis pengisytiharan calon malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah bersedia untuk memberi sokongan kuat dan padu kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

- Advertisement -

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohammad Azmin Ali berkata, sokongan yang kuat dan padu itu tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak.

“Orang Melayu, Cina dan India di Selangor sudah menyatakan komitmen enough is enough pembohongan PH, Umno dan DAP dalam pentadbiran negeri dan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor, di Padang Awam Taman Medan, malam tadi.

Calon DUN Hulu Kelang itu berkata, rakyat Selangor telah menyaksikan bagaimana ketekunan dan kesungguhan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri fokus kepada rakyat semasa menghadapi krisis pandemik Covid-19.

“Maka hari ini rakyat Selangor ingin menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada PERIKATAN NASIONAL.

“Mereka ingin PERIKATAN NASIONAL kembali mentadbir negeri dan negara ini,” katanya.

Mengakhiri ucapan beliau melaungkan ‘Selangor Baharu’ manakala penyokong menyambut ‘Kita Bangkit’. – HARAKAHDAILY 27/7/2023

- Advertisement -