Fenomena Sanusi dan lonjakan sokongan PERIKATAN NASIONAL 

- Advertisement -

POPULARITI Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor terus meningkat naik sejak konspirasi penangkapan dan pendakwaan yang dibuat beberapa hari lalu. 

Seiring dengan peristiwa tersebut, sokongan terhadap YAB Sanusi dan PERIKATAN NASIONAL menyaksikan lonjakan luar biasa. 

Pengaruh ini tidak terhad kepada Negeri Kedah, bahkan turut tersebar luas ke negeri-negeri lain khususnya negeri yang menjadi simpanan deposit PH-BN sejak sekian lama. 

Saya yakin gelombang ini semakin kuat. YAB Sanusi adalah fenomena baru politik tanah air setelah semakin malap dengan kegagalan sebuah parti reformasi menunaikan janji dan formulanya apabila di puncak kuasa. 

Fenomena Sanusi kini telah menjadi tarikan yang merentas golongan atas pagar. Keberanian, kelantangan dan kebijakan yang sebati dalam jiwa individu bernama Sanusi semakin disebut-sebut. 

Beliau telah membawa paradigma yang berbeza terhadap PERIKATAN NASIONAL dan PAS itu sendiri. YAB Sanusi tampil menjelaskan kekusutan orang ramai dalam memahami sisi-sisi perjuangan PAS. 

Ya, parti ini adalah parti politik tetapi prinsip Islam yang menjadi perjuangannya merentasi kepentingan duniawi semata-mata. 

Ramai yang semakin jelas dan menerima perjuangan ini. Semua ini adalah dengan izin-Nya jua. Sanusi menyempurnakan jambatan orang ramai untuk menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Yakinlah bahawa PAS adalah bahtera terbaik untuk memimpin masyarakat balik kepada amalan Islam yang sebenar sama ada di peringkat pentadbiran negara mahupun pengamalan individu. 

Atas keyakinan inilah anak muda semakin berani tampil untuk bersama PAS dan PERIKATAN NASIONAL.

Saya sering kali mengulangkan bahawa golongan muda telah membuat pilihan yang jelas untuk menyokong PERIKATAN NASIONAL sebelum mengukirkan tanda pangkah di atas kertas undi. 

Semoga jalan siasatuddakwah ini akan terus tertegak sepanjang masa. Semoga kita sentiasa berada di atas jalan-Nya insya-Allah.

DATO’ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 24/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -