Sanusi dilihat makin kuat, sokongan bertambah padu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kedah sedang menjadi sasaran Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) setelah gabungan itu mengakui hakikat tidak mampu untuk mengubah sokongan padu rakyat di Kelantan dan Terengganu.

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, ekoran itu maka serangan perlu ditujukan kepada ketua perang utama iaitu Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Lalu dia (PH-BN) ambil satu battle ground (medan tempur), dia tinggal dua, dia jadikan Kedah sebagai battle ground. Bila dia pilih Kedah sebagai battle ground, dia kena topple (tumbangkan) leftenan dulu. 

“Jadi, Sanusi sebagai kepala perang di situ memang menjadi target dan sasaran utama. Dan ini disahkan oleh (Timbalan Presiden PKR) Rafizi (Ramli) secara tak sedar dalam satu (ceramah) yang baru dia mengesahkan mereka terlibat mengatur, menyusun untuk nak pekena (Sanusi).

“Entah macam mana hairan macam mana dia boleh terlepas cakap tapi dari segi strategi perang saya sebagai orang yang suka berfikir secara strategik saya faham dia tumpu segala kekuatan untuk nak rampas Kedah,” ujarnya.

Pun begitu beliau dengan pengalaman lama di dalam politik melihat tindakan yang dihadapkan kepada Sanusi menjadikan pemimpin PAS itu lebih kuat terutama tindakan zalim dan tidak adil dilakukan ke atasnya.

“Nak bawa dia ke mahkamah dan apa semua itu tak apalah, itu proses ya. Tapi dalam konteks ini bila cara buat itu, seorang Menteri Besar dilayan begitu rupa. Sedangkan ada cara-cara lain. You boleh buat juga tapi ada cara lain. 

“Tapi you pilih cara yang dianggap high handle. Kenapa dulu Anwar tiba-tiba ada orang kuat sokong dia waktu dia kena kes mahkamah? Bila orang tengok pelik pikul tilam buat benda-benda yang pelik. Anwar lebam muka buat cara yang salah.

“Maka akan rally di belakang orang yang dilihat sebagai dizalimi. Jadi Dato’ Seri Sanusi jadi begitu asalnya strategi perang, strategi berlawan. Tapi cara (mereka) salah dan rakyat akan menghukum orang yang melakukan kezaliman. 

“Jadi walau apa pun dibuat saya tengok Dato’ Seri Sanusi mendapat dukungan rakyat Kedah yang semakin kuat,” optimis beliau. – HARAKAHDAILY 23/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -