Tun M akui sejarah tengok rakyat berhimpun di stadium

Foto: RIZAL TAHIR.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan membuktikan orang Melayu mampu bersatu bagi mempamerkan kekuatan mereka untuk mempertahankan tanah air sendiri.

- Advertisement -

Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebelum ini ada pihak menyifatkan orang Melayu tidak mampu bersatu, namun rakyat Kelantan membuktikan mampu berpadu dengan berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Saya kagum dan gembira melihat begitu ramai rakyat berhimpun di stadium yang menggambar kesepaduan orang Melayu.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah selama 80 tahun saya terbabit dalam politik melihat kehadiran begitu ramai orang Melayu sehingga memenuhi stadium seperti malam ini.

“Saya gembira juga kerana dapat berkunjung ke rumah arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz, seorang tokoh besar dalam dunia politik Islam dan nasionalisme Melayu,” katanya pada Bicara Negarawan sempena Munajat Rakyat Kelantan malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selain itu Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden PAS Dato Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fasyhal Wan Ahmad Kamal.

Bagaimanapun program himpunan tersebut tergganggu ekoran hujan lebat selepas Annuar menyampaikan ucapan kirakira jam 11 malam.

Puluhan ribu yang berada di padang basah kuyup. Ada yang sempat berteduh di bawah tikar tempat solat.

Sebahagian lagi berteduh di ruang astaka dan khemah disediakan. Beberapa khemah yang ada tidak dapat menampung kehadiran orang ramai, sehingga mereka basah kuyup.

Muhyiddin turut memuji rakyat Kelantan masih lagi bertahan di padang biarpun dalam keadaan hujan lebat. – HARAKAHDAILY 22/7/2023

- Advertisement -