Curi REE di Kedah: Tuduhan separuh masak

- Advertisement -

BANYAK kali sudah dijelaskan bahawa tiada aktiviti penerokaan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah Darul Aman di bawah MBI mahupun syarikat usahasamanya.

Syarikat Prospek Suria yang menandatangani MoU dengan MB Inc. (Kedah) pada 2020 pun tidak terlibat dalam sebarang penerokaan haram REE (unsur nadir bumi bukan radioaktif – NR-REE). 

Syarikat ini diberikan lesen penerokaan untuk mengkaji hasil mineral dan menyediakan laporan kelestarian alam sekitar (EIA).

Pada awal Januari lepas ada MoU dengan Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd untuk dapatkan maklumat dan kepakaran bagi aktiviti perlombongan.

Untuk memulakan aktiviti perlombongan, Kerajaan Negeri perlu mematuhi kelulusan EIA oleh JAS dan Skim Pengendalian Melombong (OMS) oleh JMG termasuklah mematuhi SOP khusus yang disediakan Kementerian Sumber Asli (NRECC).

SOP itu katanya sudah ada berdasarkan jawapan Kementerian di Dewan Rakyat pada Jun 2023. 

Kaedah perlombongan juga ditetapkan melalui proses in-situ leaching yang menggunakan paip bagi mengabstrak keluar mineral REE tanpa menjejaskan alam sekitar. 

Soal perlombongan haram ini memang sentiasa ada. Itu adalah tanggungjawab pihak berkuasa untuk membuat tangkapan dan pendakwaan, bukan Sanusi, Kerajaan Negeri mahupun MBI. 

Plot tanah yang terlibat juga bukan dalam compartment yang diberikan kebenaran eksplorasi.

Buktinya Kerajaan Negeri Kedah sudah menyelesaikan satu kompaun kepada pelombong haram tahun lalu. 

Surat kompaun yang didedahkan si Po** itu bukan bermaksud MBI yang curi. MBI adalah institusi yang bertanggungjawab terhadap permit guna tanah. 

Kes tahun lalu itu sudah diselesaikan dengan jumlah kompaun RM630,000. Duit tersebut masuk ke kantung Kerajaan Negeri. Kat mana ruginya? 

Polis juga sudah mendedahkan pelbagai tangkapan lain termasuklah dalam kalangan warga Myanmar. 

Tapi apa kaitannya Kerajaan Negeri untuk terlibat dalam kes perlombongan haram? 

Masalahnya pihak parti lawan sendiri tidak jelas apa yang depa nak tuduh. 

Depa pun buat tuduhan separuh masak kes kecurian REE ini melibatkan Sanusi, Kerajaan Negeri dan MBI.

Kalau nak curi baik tak payah buat MoU. Baik tak payah jumpa JMG untuk sediakan SOP khusus. Baik tak payah bising-bising kata Kedah ada RM60 bilion REE. Senyap-senyap buat kerja lagi masyukk.

Sedangkan satu Malaysia kita ada nilai RM809.6 bilion REE. Bukan Kedah saja ada, Selangor pun ada. 

Tempat lain lagu mana kira? Ada urus tadbir yang jelas ke mengenai perlombongan REE ni macam dibuat di Kedah? Ke lagi jauh ke laut dalam? 

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 20/7/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -