Lonjakan mendadak undi PRU14 ke PRU15 Kedah

- Advertisement -

PRU14: 

1. PAS bertanding solo di semua 14 kerusi Parlimen kecuali di Langkawi dan bertanding 36 kerusi DUN. Peringkat Parlimen PAS menang 3 kerusi manakala peringkat DUN 15 kerusi.

2. Peringkat DUN, BN terkubur dengan 3 kerusi. PAS bersaing sengit dengan PKR yang masing-masing 15 dan 18 kerusi.

3. PAS berjaya mengekalkan lima kerusi DUN iaitu Bukit Pinang, Tokai, Sungai Limau, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

4. PAS juga telah berjaya merampas 10 kerusi DUN dari BN iaitu Ayer Hitam, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Belantek, Jeneri, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Bayu dan Kupang.

5. Pada bulan Februari 2020, gabungan PAS (15), Umno (dua), Bebas (dua) dan PERIKATAN NASIONAL (empat) telah berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah yang baharu.

6. ADUN Jeneri, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada PAS telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020.

PRU15:

1. PAS dalam gabungan PERIKATAN NASIONAL bersama BERSATU dan GERAKAN bertanding sembilan kerusi manakala BERSATU enam kerusi.

2. PAS membolot kesemua kerusi yang bertanding dan BERSATU menang lima daripada enam kerusi bertanding.

3. PAS mengekalkan tiga kerusi Parlimen dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu Jerai, Pendang dan Sik.

4. Paling mengejutkan, banyak nama besar tumbang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, selain Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Jerlun dan Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah di Kubang Pasu.

5. Turut gagal mempertahankan kerusi masing-masing adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Padang Terap serta Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Baling.

Peningkatan mendadak undi kepada PAS pada PRU15 lalu menunjukkan yang majoriti rakyat Kedah yakin dengan PN untuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

USTAZ MUHAMAD HILMI ABD WAHAB
Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah
17 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -