Jenama semula sukan bola sepak cungkil bakat baharu

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan negeri menjenamakan semula kejohanan bola sepak di negeri itu bagi menarik anak-anak muda terbabit dengan aktiviti sukan dan mencungkil bakat baharu.

- Advertisement -

Adun Kayang Asrul Aimran Abd Jalil berkata, Liga Super Perlis 2023 (LSP23) dijenamakan semula di bawah sistem Liga Bola Sepak Perlis yang distrukturkan dengan memperkenal Liga Super Perlis dan Liga Tunas Perlis.

Katanya sebanyak 14 pasukan tempatan akan menyertai kejohanan itu yang akan bermula 21 Julai ini.

“Sebanyak 14 pasukan akan bertanding merebut kejuaraan liga yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada tujuh pasukan dengan jumlah enam perlawanan dalam tempoh seminggu,” katanya pada pelancaran LSP23 di Dewan Bankuet Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Antara pasukan yang akan menyertai kejohanan itu Lion Junior FC, Guar Syed Alwi FC, Kelab Bolasepak Ksmr Kangar, Perlis Cops Football Team, Db United, Kangar City FC dan Tambun Tulang FC.

Asrul Aimran juga berkata, kejayaan penganjuran Liga Bola Sepak Perlis tahun lepas membolehkan kerajaan negeri menambah peruntukan bagi menjayakan liga berkenaan tahun ini. – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -