8 bulan rakyat tunggu janji PH PRU15

- Advertisement -

KOTA BHARU: Selepas hampir lapan bulan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara rakyat tidak nampak ke mana hala tuju kerajaan yang hendak dibawa.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata sehingga sekarang rakyat masih menanti apa yang dijanjikan pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Sebelum ini rakyat nak tengok apa yang akan dilakukan Anwar selepas diberi peluang menerajui negara terutamanya melaksanakan segala janjinya sebelum ini.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) menerajui negara 22 bulan sebelum ini, Anwar pada masa itu belum lagi menjadi perdana menteri.

“Tetapi hari ini beliau adalah perdana menteri. Malangnya selepas tujuh bulan mentadbir negara, hanya asyik mengulangi cerita-cerita lama,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni 13 pesakit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor hari ini. (Foto atas)

Seramai 13 pesakit disantuni termasuk warga emas berusia 100 tahun dan penduduk yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Turut hadir pada lawatan itu Penghulu Mukim Belukar Engku Azhar Engku Aziz dan Penghulu Mukim Tapang Kamaruddin Daud.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, kegagalan kerajaan PH-BN menyebabkan rakyat mendekati PN sehingga membentuk gelombang.

“Gelombang rakyat sekarang bukan hanya berlaku di Kelantan, sebaliknya boleh dilihat di Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -