Ramai keluarga penyokong tegar Umno beralih sokongan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kesedaran politik anak-anak muda terhadap kebejatan kerajaan campuran sekarang membuatkan semakin ramai keluarga penyokong tegar Umno beralih sokongan.

- Advertisement -

Antaranya baru-baru ini seorang wanita muda di DUN Kijang yang juga bekas penyokong Umno mengakui tidak akan menyokong parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Izani Husin Izani berkata, wanita muda berkenaan difahamkan turut mengajak rakan-rakannya dalam Umno turut menyokong PAS.

“Alhamdullilah rakyat Kelantan semakin bijak menilai apa yang berlaku sekarang.

“Saya yakin insya-Allah ramai lagi yang akan menyokong PAS pada PRN kali ini,” katanya selepas program Ameerah Kijang ‘Hi Tea bersama Influencer Bedah Jack’ di sini semalam.

Program tersebut turut diselitkan dengan program Rencah Rasa Mek Kelate.

Dr Izani yang juga bekas Adun Kijang menyifatkan rakyat Kelantan bijak menilai perkembangan negara yang berlaku sekarang terutamanya peningkatan kos sara hidup.

Sempena program itu Bidah Jack atau nama sebenarnya Wan Norzubaidah Wan Mohamed dianugerah Tokoh Ikon Influencer sempena Hari Sayyidatina Khadijah.

Bedah Jack berjaya menarik ramai pengikut di laman sosial Tiktok dan Facebook. – HARAKAHDAILY 16/7/2023

- Advertisement -