Lim Guan Eng semai benci dan ketakutan kaum

- Advertisement -

MENYEDIHKAN! Lim Guan Eng seolah-olah terdesak menarik undi Cina mengundi parti DAP dengan mendakwa ‘Gelombang Hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Tuduhan ini seolah-olah seperti tindakan Tony Pua yang mengatakan Barisan Nasional adalah ‘Pakatan Korup’ yang hanya bertujuan untuk mengekalkan undi DAP yang benci kepada BN dan menakut-nakutkan pengundi Cina agar tidak beralih kepada parti lain.

Mungkin Lim Guan Eng lupa bahawa patung Buddha berbaring terbesar di Asia Tenggara berada di Kelantan, negeri yang diperintah PERIKATAN NASIONAL.

Dan Kelantan sendiri telah membuktikan bahawa kehidupan pelbagai bangsa dan agama berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Kertas siasatan sudah dibuka oleh pihak polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kita menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak berautoriti untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada PERIKATAN NASIONAL.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.

USTAZ NUSHI DATO’ MAHFODZ
Timbalan Ketua Penerangan PERIKATAN NASIONAL Selangor
Ketua Penerangan PAS Selangor – HARAKAHDAILY 10/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -