Rakyat harap PERIKATAN NASIONAL menang di Selangor

Sebahagian peserta pada Pelancaran Jentera Wanita PN Selangor.
- Advertisement -

KUALA LANGAT: Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi mengharapkan jentera parti terus diperkasakan khususnya jentera wanita supaya lebih bergerak ampuh.

- Advertisement -

Katanya, ini kerana jentera PN mempunyai tanggungjawab dan membawa harapan pimpinan dan juga rakyat.

“Rakyat mengharapkan kemenangan dan seterusnya PERIKATAN NASIONAL dapat menjadi kerajaan selepas 12 Ogos.

“Saya yakin dengan usaha tanpa berbelah bagi serta kelapangan dada, usaha uang betul untuk menangkan PERIKATAN NASIONAL,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Wanita PN Selangor di sini.

Pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) ini merupakan peluang yang terbaik untuk membawa mesej bahawa   wanita PERIKATAN NASIONAL telah memainkan peranan yang cukup besar pada Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu.

Katanya kesungguhan wanita PN dalam dibuktikan terutama dalam kempen ziarah rumah ke rumah.

“Insya Allah kita menang dengan PERIKATAN NASIONAL dan tubuhkan kerajaan PERIKATAN NASIONAL.

“Saya yakin dengan kepimpinan yang ada kita mampu membentuk kerajaan. Hendak bandingkan kerajaan PH/BN sehingga dibubarkan DUN pun, Umno tetap sebagai pembangkang. Adakah ini kerajaan yang stabil?” tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. – HARAKAHDAILY 9/7/2023

- Advertisement -