Bantuan banjir: Zahid penipu!

- Advertisement -

ZAHID tipu Kerajaan Negeri tak beri bantuan banjir. 

Kerajaan Negeri telah berikan bantuan untuk mereka yang berpindah ke PPS sahaja dahulu. 

Yang lain, Kerajaan Negeri sedang tunggu duit petroleum (baca royalti) hak Terengganu dari Persekutuan yang tak diberikan mengikut jadual kepada Kerajaan Negeri.

Zahid tipu Kerajaan Negeri guna peruntukan  Persekutuan.

Peruntukan banjir Persekutuan tidak masuk ke akaun Kerajaan Negeri tapi disalurkan melalui JPP. 

Agihan bantuan banjir Persekutuan juga tidak melibatkan Kerajaan Negeri.

Bantuan banjir Kerajaan Negeri yang telah diagihkan berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah adalah dari duit Kerajaan Negeri dan bukannya duit Persekutuan.

Sebenarnya agihan bantuan banjir Persekutuan yang tak diagihkan kepada mangsa di banyak tempat termasuk Daerah Besut antara kawasan utama terlibat banjir.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 3/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -