DS Tuan Ibrahim imbau amanat TG Nik Aziz kepadanya

- Advertisement -

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengimbau amanat diberikan kepadanya oleh bekas Al-Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, amanat itu adalah dari nasihat dimintanya setelah diminta oleh parti untuk bertanding pada PRU1999 di mana ketika itu beliau masih seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengenang nostalgia tersebut pada ceramah sempena Jelajah Selangor Baharu ‘Kita Bangkit!’ anjuran PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor yang diadakan di Seksyen 18, di sini semalam.

“Saya jumpa Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Minta nasihat, kebetulan pak saudara. Saya kata Tok Guru tolong nasihatkan saya parti arahkan bertanding. (Dia kata) Tak apa insya-Allah dan nasihatkan saya dua perkara.

“Yang pertama masuk politik jangan niat nak jadi kaya. Nak kaya (pergi) meniaga, politik (ini untuk) perjuangan. Kita akan habis duit, habis masa, tenaga kita, tak macam orang lain. Ya. Akan ada mehnah ujian fitnah, serangan, penghinaan, kutukan macam-macam. Kita kena ready benda ini. 

“Yang kedua, berjalan di mana-mana biar ada duit dalam poket boleh tolong orang lain waktu dia tengah susah. Ini dua pesanan daripada Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Sebab itu bagi kita politik ini bukan medan untuk cari kekayaan peribadi. 

“Ya, bukan medan untuk kita kaut keuntungan. Politik ialah perjuangan. Ya perjuangan kita untuk sama-sama dengan rakyat yang susah bersama susah ini perjuangan kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -