‘Orang PAS tawaduk, kalau tak terpilih lagi seronok’

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi akan ditentukan Majlis Syura Ulamak dan pemimpin PAS Pusat.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setelah diputuskan adalah menjadi kewajipan individu terbabit menunaikan amanah yang diberi.

Katanya, dalam PAS mana-mana individu tidak boleh mencalonkan dirinya sendiri, sebaliknya ia akan ditentukan parti.

“Semua nama calon akan ditapis terlebih dahulu Majlis Syura Ulamak. PAS ada bank calon bagi membolehkan Majlis Syura membuat tapisan,” katanya selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, petang semalam.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah juga berkata, terdapat calon daripada Bersatu sekarang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen memberi laluan kepada calon lain bertanding pada PRN kali ini.

Selain itu ada juga Adun PAS menyatakan hasrat tidak mahu bertanding lagi.

“Orang PAS ni tawaduk. Kalau tak terpilih lagi seronok. Tak mendatangkan beban,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -