Ekonomi gelap, kapitalis kroni punca rasuah, salah guna kuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ekonomi gelap dan kapitalis kroni merupakan masalah terbesar kepada ekonomi negara, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Katanya, kedua-dua barah inilah yang mendorong kepada berlakunya gejala seperti rasuah dan salah guna kuasa hingga menyebabkan pengaliran wang ke luar negara secara tidak sah.

Termasuk juga terangnya, menyebabkan gejala penyucian wang haram dan kartel dalam rantaian penawaran atau keperluan, serta ketirisan yang memburukkan lagi ekonomi.

“Beranikah Kerajaan Campuran PH-BN untuk memerangi secara besar-besaran ekonomi gelap dan kapitalis kroni ini? Berbanding hanya bercakap untuk memerangi semua simptom masalah itu?

“Setakat pemerhatian saya, Kerajaan Campuran PH-BN ini tidak berani berhadapan ekonomi gelap dan kapitalis kroni kerana pemain-pemain utama yang terlibat adalah penyokong kuat mereka,” ujarnya.

Beliau akan membuat kupasan lebih terperinci mengenai isu tersebut nanti bersama penyelesaian yang bakal dikemukakan dalam pembentangan akan datang.

Kerajaan PH-BN hari ini dilihat giat meluangkan kononnya memerangi rasuah dan salah guna kuasa, namun perkara tersebut dilaporkan terus-menerus berlaku dalam negara.

Malah, Kerajaan PH-BN juga dilihat hipokrit dalam tindakan bagi menangani isu-isu tersebut, selain galak membuat tuduhan tanpa pembuktian kepada lawan politik mereka.

Selain itu, Kerajaan PH-BN juga ternyata gagal menyelesaikan masalah ekonomi dan kewangan negara yang ketika sebagai pembangkang dahulu membawa pelbagai janji dan formula. – HARAKAHDAILY 19/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -