PN menang 30 kerusi di Selangor logik, mungkin lebih

- Advertisement -

SETIAUSAHA PAS Selangor, Roslan Shahrir, baru-baru ini menegaskan bahawa PERIKATAN NASIONAL (PN) akan menang 30 kerusi di negeri itu sekali gus bakal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

- Advertisement -

Umno dalam reaksi terhadap kenyataan tersebut, menyifatkan ia sebagai saraf sahaja.

Dalam hal ini, Umno perlukan reality check. Umno sudah lama hanyut dan hilang pegangan apabila memilih untuk bersama DAP dan Anwar.

Keputusan ini bertentangan dengan janji kepada ahli Umno melalui Perhimpunan Agung 2020 bahawa No Anwar, No DAP.

Apatah lagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan perbincangan antara Umno dan Anwar telah bermula sebelum PRU15. Jelas ahli dan pengundi Umno telah dikhianati.

Tindakan ini juga menyebabkan kekecewaan yang tidak terhingga di hati ahli dan penyokong Umno. Ramai ahli yang bertindak keluar parti.

Ahli yang masih kekal bersama Umno pula, berjanji akan mengundi PN bagi mengajar kepimpinan dalam PRN nanti.

Kerajaan Madani juga gagal mempertahankan kalimah Allah apabila Menteri Dalam Negeri telah menarik semula rayuan kerajaan dalam kes di mahkamah.

Pengundi Melayu melihat ini satu kelemahan kerajaan campuran itu yang gagal mempertahankan kesucian Islam.

Selain itu, kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji pilihan raya dan kenaikan kos sara hidup membebankan golongan M40 dan B40 yang rata-ratanya adalah pengundi Melayu, juga akan menyebabkan berlaku peralihan undi Melayu.

Faktor ‘Abah’ merujuk kepada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, yang banyak memberikan bantuan dan peruntukan kepada rakyat ketika zaman Covid-19 sudah tentu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi melayu.

Umno perlu sedar dalam PRU15, mereka hanya mendapat 33 peratus sahaja undi daripada pengundi Melayu. PH pula hanya mendapat 11 peratus daripada pengundi Melayu. Adapun PN mendapat 54 peratus daripada pengundi Melayu.

Atas sebab yang saya nyatakan di atas, saya menjangkakan akan berlaku peralihan undi Melayu yang ketara daripada Umno kepada PN.

Pengundi Melayu teras Umno dijangka berkurangan dan swing pengundi Melayu kepada PN dijangkakan akan berlaku sehingga 70 hingga 75 peratus.

Dengan swing ini, kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi Melayu sebanyak 60 peratus dan ke atas sudah tentu akan menjadi milik PN dalam pilihan raya negeri akan datang.

Oleh itu, 30 kerusi bukan sahaja lojik, malah saya menjangkakan PN bakal mendapat lebih daripada itu.

Oleh sebab itulah saya merasakan kepimpinan Umno perlu kepada reality check dan perlu berhenti berkhayal.

Mereka perlu sedar parti itu berada dalam keadaan yang sangat lemah, bergantung sepenuhnya kepada pengundi bukan Melayu dan sokongan DAP merupakan satu penghinaan kepada Umno dan sejarah perjuangan mereka. – HARAKAHDAILY 18/6/2023

- Advertisement -