Agihan kerusi PN hampir 100 peratus selesai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Proses agihan kerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) di enam negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi sudah selesai hampir 100 peratus.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berharap kekuatan PN akan memberikan keyakinan kepada rakyat untuk mengundi pada PRN di enam negeri.

Katanya, PN berjaya mengekalkan ‘track record’ cemerlang sepanjang memerintah kerajaan sebelum ini yang bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Alhamdulillah, dari sudut pembahagian kerusi kita telah selesai 99 peratus. Seterusnya, proses akhir untuk menentukan calon kita pastikan ada dua syarat iaitu al-Qawiy dan al-Amin.

“Kemudiannya dari sudut persiapan jentera Alhamdulillah, jentera kita masih lagi panas dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan semangatnya semakin berkobar.

“Akhir sekali, paling penting bagaimana kita hendak menarik kembali pengundi yang berada di negeri yang dipimpin Pakatan Harapan.

“Kita datang untuk memberitahu kepada rakyat di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang berilah kepercayaan kepada PN,” katanya pada program wawancara Skop Malaysia Gazette, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, PN membawa politik secara aman dan menyakinkan rakyat dengan track record ketika memimpin kerajaan sebelum ini. – HARAKAHDAILY 17/6/2023

- Advertisement -