PAS tanding 37, Bersatu 8 kerusi di Kelantan

Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pembahagian kerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) diputuskan 37 kerusi akan ditandingi calon PAS dan lapan lagi diwakili Bersatu.

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, secara asas agihan pembahagian kerusi melibatkan parti itu dengan gabungan PN sudah selesai sepenuhnya sejak awal lagi.

“Keputusan itu telah mecapai kata sepakat melalui perbincangan sejak awal lagi dan PAS sebanyak 37 kerusi manakala selebihnya bagi kawasan yang dimenangi Umno asasnya diberikan kepada Bersatu untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

“PAS yakin akan mempertahankan kerusi di Kelantan dengan sokongan rakyat. Lagi pun hubungan kita dengan Bersatu amat baik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ditanya kemungkinan calon PAS mahu menarik diri katanya, ramai calon mahu menarik diri termasuk Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, namun semuanya akur keputusan yang dibuat parti.

“Inilah kelebihan PAS, parti yang mentaklifkan untuk kita bawa mesej yang baik dan memberi perkhidmatan untuk rakyat. Inilah konsep PAS sebab itu juga kita tidak ada yang buat onar,” katanya.

Wan Roslan yang juga anggota Exco berkata, Menteri Besar akan mengumumkan pembubaran DUN dalam masa terdekat. – HARAKAHDAILY 11/6/2023

- Advertisement -