Apa motif Kerajaan PH-BN mahu bahas LKAN?

- Advertisement -

ADA kawan-kawan tanya, sebab apa Pembangkang tak mahu bahas Laporan Ketua Audit Negara? Takut ke? 

Cerita dia macam ni:

1. Dalam amalan Dewan Rakyat, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) hanya diletakkan di atas meja Ahli Dewan. Tak pernah dibahas pun sebelum ini. 

2. Amalan biasa sebelum ini ialah, LKAN itu diteliti oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). PAC yang akan buat prosiding, buat siasatan lanjut kalau ada penemuan tertentu dalam LKAN yang perlu siasatan lanjut. Kemudian, PAC yang akan bentang laporan di Dewan Rakyat untuk isu atau kes tersebut. 

3. LKAN ini tebal laporannya. Setiap Kementerian, setiap agensi kerajaan ada laporan dalam itu. Bila dibahas, Menteri untuk setiap agensi di Kementerian yang dibahas itu kena jawab. Pegawai-pegawai agensi atau Kementerian kena sedia jawapan. Kalau ada perbahasan yang sentuh 50 agensi, maka semua 50 agensi itu kena sedia jawapan pada Menteri untuk dijawab. Jawapannya semua dah ada dalam buku LKAN tu sebab laporan itu dah lengkap. 

4. Untuk makluman, LKAN ini hanya lengkap apabila berlakunya proses ‘exit conference’ antara Jabatan Audit Negara dengan agensi kementerian yang berkenaan. Audit masuk cek, ada penemuan tertentu. Agensi berkenaan kena jawab dan bagi penjelasan kenapa berlaku kes sekian sekian. Audit tanya, agensi jawab. Sampai kedua-duanya puas hati. Barulah ia dimasukkan dalam LKAN. Maknanya, dalam LKAN itu sudah ada penemuan, jawapan penjelasan dan rumusan tindakan. Dah lengkap. 

5. Benda yang dah lengkap, buat apa nak bahas lagi? Kenapa nak buang masa Dewan Rakyat untuk bahas dan undi satu benda yang dah lengkap? Banyak lagi usul-usul dan Rang Undang-undang (RUU) lain yang perlu dibahas di Dewan Rakyat. Sebab apa masih nak bahas LKAN yang dah lengkap? 

6. Bila bahas, nak kena undi. Speaker akan tanya siapa yang setuju siapa yang tak setuju. Nak undi apa lagi benda yang dah lengkap? 

7. Atau mungkin kerajaan hari ni tak ada idea nak bentang atau bahas apa di Dewan Rakyat? Sengaja nak drag masa untuk bahas laporan yang sudah lengkap? Takkan hangpa tak percaya dekat Pegawai-pegawai Kerajaan yang buat kerja siang malam pagi petang menjawab penemuan audit itu? Takkan hangpa tak percaya dekat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang ditugaskan untuk semak LKAN tu? PAC ni Parlimen yang lantik. Takkan hangpa tak percaya pada Parlimen? 

8. Sebab itu pendirian pembangkang semalam ialah menerima LKAN dan bersetuju untuk diambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk memperbetulkan apa-apa penemuan yang ditemui di dalam LKAN 2021 yang dah lengkap itu. Kalau ada tatakelola dan wewenang yang silap, perbetul. Kalau perlu dakwa di mahkamah, pi dakwa. Macam itu caranya. Tak perlu bahas dah. Bahas benda lain yang lebih mustahak dan segera. 

9. Ada 16 usul mengenai isu-isu negara dan isu rakyat yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Arau, mewakili Pembangkang. Setakat ini, 16 usul tu belum pernah diizin untuk dibahas. 

10. Ada kawan-kawan kerja government bagi tahu. Sebenarnya ada terlalu banyak RUU yang perlu dibentang dan diluluskan Parlimen. Patutnya Parlimen fokus pada isu-isu negara. 

11. Mungkin kali ni depa lebih minat nak guna Parlimen untuk lawan satu orang manusia yang bernama Dato’ Seri Sanusi. 

YB USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ahli Parlimen Alor Setar
7 Jun 2023
Dewan Rakyat – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -