PRN: Buktikan Melayu bersatu hati, tolak PH-BN

- Advertisement -

TUMPAT: Pengundi di enam negeri perlu menolak calon daripada PH-BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri nanti bagi membuktikan orang Melayu di negara ini bersatu hati.

- Advertisement -

Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pada masa sama kemenangan itu akan memberi pukulan kuat kepada pihak tertentu bahawa umat Islam dan Melayu di negara ini sentiasa bersatu.

Menurutnys, selain Kelantan, Terengganu dan Kedah negeri yang telah dimenangi oleh PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN), maka pastikan tiga negeri lain termasuk Selangor dimenangi PN.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jelajah Ceramah Ppakat Pertahan Kelanta Siri 1 Parlimen Tumpat yang diadakan di tapak Pusat Tarbiyah PAS Taman Kota SPP Warisan, dekat sini malam tadi.

Turut berucap pada majlis itu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dan Anggota Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi.

Katanya, rakyat kini berada dalam keadaan yang amat tidak selesa terutama orang-orang Melayu di bawah pemerintahan kerajaan PH dan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Jelasnya, rakyat semakin tertekan dengan situasi sekarang sedangkan kerajaan tidak ada jalan untuk menyelesaikan masalah mereka sebaliknya sentiasa mencari ruang untuk memburukkan negeri-negeri pembangkang.

“Apa yang berlaku hari-hari menuduh pimpinan pembangkang makan rasuah, menyeleweng, fokus membantu rakyat tiada dalam kamus pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/5/2023

- Advertisement -