Penduduk terhutang budi usaha gigih Kak Lah

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Ramai penduduk terhutang budi terhadap usaha gigih ahli parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff yang berusaha membekalkan air percuma kepada mereka.

- Advertisement -

Seorang penduduk Abdul Hafiz Abdul Rahim, 34, melahirkan perasaan kecewa usaha ahli parlimen terbabit dipersenda pihak tertentu kerana membantu penduduk mendapatkan sumber air termasuk dari paip bomba pada Ramadan lepas.

“Saya sedih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempersendakan usaha gigih wakil rakyat dan petugas Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang membekalkan air kepada penduduk khususnya di Taman Perumahan Rantau Mas.

“Usaha yang dibuat Kak Lah itu amat murni dan kami amat bersyukur dan berterima kasih di atas inisiatif yang diusahanya selama ini.

“Bayangkanlah ketika air tak ada kami tujuh ahli keluarga terutamanya anak-anak kecil berdepan dengan kesukaran,” katanya ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini tular di media sosial kononnya seorang ahli parlimen mendapatkan sumber air bagi membantu penduduk daripada pili bomba.

Seorang lagi penduduk Ellyna Salleh, 39 pula berkata, ketika air tiada di kawasan perumahan, tiada yang datang bertanya khabar melainkan Kak Lah dan penghulu sahaja.

Katanya, ahli parlimen Rantau Panjang membekalkan air secara percuma ke rumah-rumah penduduk menggunakan lori.

“Kami amat terharu dan berterima kasih kepada Kak Lah dan penghulu yang tetap gigih membantu penduduk.

“Kami sokong 300 peratus di atas usaha Kak Lah membekalkan air pada kami sehingga dapat menikmati bekalan air bersih bagi keperluan harian,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023

- Advertisement -