Lipis, Jerantut sumbang hasil tetapi masih ketinggalan

Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUANTAN: Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Lipis dan Jerantut masih ketinggalan sedangkan kedua-duanya adalah penyumbang besar hasil.

- Advertisement -

Menurutnya, kedua-dua daerah itu menyumbang besar hasil sama ada perlombongan, pembalakan dan sebagainya.

“Tapi sayangnya hasil itu gagal dapat kepada daerah-daerah tersebut,” ujarnya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon memohon pertimbangan kerajaan negeri supaya sekurang-kurangnya 10 peratus peratus hasil dapat diserahkan kepada daerah tersebut.

Adun Cheka itu turut melahirkan kebimbangan akan berlaku dua perkara termasuk ketirisan.

“Kita bimbang akan berlaku dua perkara. Pertama berlaku ketirisan hasil yang menyebabkan kita hilang hasl kerana pemantauan. Daerah perlu memantau hasil.

“Hasil kita dapat lebih sekiranya pemantau lebih rapi di peringkat daerah dan daerah mendapat hasil daripada pengeluaran hasil daerah masing-masing,” katanya.

Dengan cara itu, ujar beliau pihak pentadbiran mempunyai dana yang boleh membangunkan daerah tersebut dan akan berlaku kesimbangan pembangunan pada setiap daerah. – HARAKAHDAILY 9/5/2023

- Advertisement -