Umno-PH Kelantan pekak atau tohor politik?

Isu air pili Bomba

- Advertisement -

SEJAK semalam sudah tular banyak gambar YB Rantau Panjang bersama pihak bomba dalam pengurusan air di Parlimen tersebut. Kita kira isu ini akan terjawab namun musuh politik Kelantan terus memainkan hal picisan sebegini. Saya ringkaskan sedikit tulisan ini untuk bacaan mereka yang benar-benar mahukan kebenaran.

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah meluluskan bajet untuk wujudkan Lori Air Kontrak (LAK) bagi memudahkan proses penghantaran air kepada mana-mana pengguna yang terjejas atau memerlukan.

Penyelarasan penghantaran air adalah melalui DUN atau Parlimen masing-masing setelah pihak DUN mengenalpasti dan melantik LAK ini. 

Kontraktor LAK kemudiannya akan menghantar air berdasarkan aduan pengguna yg diterima oleh AKSB dan diwujudkan juga satu sistem Permohonan Lori Air ini yang mana AKSB Jajahan akan menghubungi pemandu lori untuk berikan permohonan berkaitan. 

Sumber air akan diambil daripada dua cara. Pertamanya dari Loji Air yang terdekat dengan permohonan dan kedua dari pili bomba sekiranya jauh dari loji atau tangki. 

Permohonan menggunakan air dari Pili Bomba telah AKSB dapatkan pada tahun 2018 dan juga 2019.

Bagi AKSB, sekiranya mana-mana LAK yang mengambil air dari 2 punca ini, ianya adalah sah dan tidak wujud masalah apa pun kerana LAK terikat dengan lantikan AKSB yang telahpun mendapat kebenaran pihak bomba.

Dengan ‘Blanket Approval‘ dari JBP Kelantan, selagi mana yang mengambil air adalah LAK yang berdaftar dengan AKSB, maka ianya tiada isu kerana mereka adalah wakil AKSB yang ditempatkan di DUN-DUN atau Parlimen yang ada masalah air.

ABDULLAH FARHAN
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 8/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -