Kasino di Sarawak: Apa pandangan anda?

- Advertisement -

BARU-baru tok kita dengar daripada pihak Menteri di Sarawak, bahawa sebuah pusat rekreasi akan dimajukan. Dan dimaklumkan juak bakal menjadi Genting Highland yang kedua.

Aok, bena ya. Yang dimaksudkan adalah Borneo Highlands, dan isunya dalam perihal tok adalah pembinaan, pembukaan kasino di Sarawak.

Okaylah, camtok… kamek maok kongsikan empat perkara yang menyebabkan kita orang Sarawak perlu berfikir semula, walaupun keputusan ya di tangan Menteri tapi kenak ingat undi dan gaji Menteri adalah dari orang Sarawak.

Pertama sekali, kita nangga Sarawak dari sudut ekonomi, atau lebih tepat lagi eko-pelancongan, seperti yang ditekankan oleh Menteri. Bukan nak madah Sarawak tok sik membangun, ekonomi kita lemah. Sarawak tok kaya. Kaya dengan hasil, kaya dengan tenaga kerja. Bahkan kaya dengan produk-produk masyarakat di beberapa tempat. 

Kamek kedirik pernah ke Belawai, Pusa, dan tempat-tempat yang ‘terpencil’ di Sarawak. Dan banyak alu produk-produk tempatan yang boleh dipasarkan dan dikomersilkan. Tapi sayang, produk dan usaha orang kampung hanya terhenti di kampung ajak

Sik sampey keluar dari kampung. Bayangkan mun ekonomi macam tok digemblengkan, apa jadi dengan masyarakat di tempat ya? Dan apa bakal jadi pada Sarawak? Kamek ambil contoh di tempat kamek kedirik, Miri. Miri tok bandar tepi laut. Tapi eko-pelancongannya sik dimajukan. Sedangkan laut dan pantai Miri tok kacak, bersih dan landai gik. Boleh dibangunkan eko-pelancongan, khususnya perusahaan kecil-kecilan di pantai Miri. 

Keduanya, peluang pekerjaan. Point tok akan berkait dengan point kamek yang ketigag lekak tok. Apabila kita bukak sigek tempat kerja, sudah pastilah kita perlukan kepada pekerja dan ya akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Sama juak dalam hal kasino tok. Memang akan membuka peluang pekerjaan pada orang Sarawak, cuma dari sudut kebaikan apa yang akan diberikan kepada pekerja dan masyarakat? 

Orang Sarawak masing-masing tauk yang Sarawak tok besar, banyak sumber, banyak ruang dan peluang pekerjaan. Apa jadi dengan anak muda kita yang masih mencari dan menunggu tawaran pekerjaan? Justeru di sitok, kamek mencadangkan agar difokus kepada pembangunan kerjaya anak muda yang boleh membina dan membawa negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi daripada zaman hari tok

Peluang seperti teknologi dan maklumat, keperluan kehidupan seperti Foodpanda dan Grab dan lain-lain, boleh dipelopori oleh anak-anak muda sama ada lelaki mahupun perempuan. Menjadikan anak-anak muda Sarawak sebagai pelapis dan peneraju utama Sarawak di masa depan adalah lebih utama berbanding pembukaan kasino di Sarawak. Kenak kamek padah giya? Kamek akan sambung pada point seterusnya lekak tok. Jadinya, tumpukanlah peluang pekerjaan orang Sarawak kepada peluang yang lebih baik. IKBN, ILP, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, PPKS, IKM dan yang sewaktu dengannya adalah lubuk untuk kita mengeluarkan tenaga-tenaga kerja yang pure dari Sarawak. Bukan dengan kasino.

Ketiganya, yang berkait dengan point kamek keduak tok tek adalah dari sudut sosialnya. Mudah kata, dengar jak nama kasino, apa yang terlintas di fikiran kita? Roti canai? Nasi goreng kampung? Atau, teh tarik panas, mila tarik, mee jawa? Atau, tempahan futsal, bola sepak? Atau orang bertandak? Atau main layang-layang? Ataukah, sebaliknya yang seratus peratus semua yang kamek sebut di atas ya memang sik wujud dalam dunia kasino. Kamek sik maok pake ayat ‘bayangkan’ kerana ya terlalu tinggi untuk sama-sama kita fikirkan. 

Cuma, perlu kita tangga. Mun benar Sarawak nak buka kasino, apa jadi dengan masyarakat kita? Apa jadi dengan budaya sosial kita? Anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin negeri kita? Adakah akan lahir daripada generasi lekak kita tok, generasi yang masih berpegang dengan budaya Timurnya? 

Masih mengekalkan adab dan tatasusilanya? Atau macam ne? Pembukaan kasino tok juak, suatu masa kelak dikhuatiri akan menyebabkan keluarga porak peranda. Kerana ketagihan berkasino dan aktiviti dalam kasino ya kelak. Nak tok la dibingong oleh segelintir netizen Sarawak, khususnya dari generasi yang senior. Tok menjadi kerisauan utama kita semua, bukannya ekonomi Sarawak yang bakal nait hasil dari kasino ya kedirik.

Baiklah, point kamek yang keempat, pandanglah dari sudut agama. Kamek sik menjurus pada agama Islam. Kerana bila sebut agama jak, mesti kita nuju Islam. Alhamdulillah, memang benar Islam ya agama. Cumanya maksud saya tadik, cuba nangga isu kasino tok dari sudut agama lain di Sarawak. Netizen dan Menteri kata, Islam bukan agama rasmi di Sarawak. Jadi, kamek nak tanyak sebagai penganut agama lain di Sarawak, ada sik agama kita mengajarkan kita untuk membawa diri kita kepada perkara yang sik bait

Kamek bukan nak menyentuh isu sensitif atau mencari ‘crowd’, hanya maok kita semua berfikir dari sudut agama masing-masing. Sikda agama yang mengajar penganutnya polah benda sik bagus, hanya penganutnya ajak yang polah benda sik bagus. Bena sik? Kerana asal semua agama dan kepercayaan adalah untuk membawa seseorang yang ke ara lebih bait

Kasino, dari sudut agama, bukanlah benda yang bait. Kerana banyak lagik benda bait, yang kita belum teroka, belum polah untuk menjadikan kita insan yang lebih bait dalam beragama. Di sine keburukan kasino, kita boleh nilai kedirik. Cuma, kamek menyatakan pandangan kamek pada point terakhir tok dari sudut agama Islam, kerana kamek Muslim. 

Cumanya, kamek sik menyentuh bab hukum, hanya sedikit teguran kepada kesan kasino ya kedirik. Dalam al-Quran dan agama Islam, dah dipadah arak, judi, khinzir ya haram. Bila dipadah giya dalam al-Quran, maka adalah sebabnya dari Allah. Nya lebih tauk segala-galanya. Dan segala yang berkait dengan ketiga-tiga perkara ya tadik, arak, judi, khinzir, juga adalah haram. Ambik contoh, arak kedirik. Bagi orang Islam, bukan sekadar minum arak ya berdosa tapi tukang hantar, tukang tuang, tukang pass botol arak, semuanya akan dapat dosa. Ya diriso kita juak. Kita niat bekerja nak carik duit tapi kita dapat dosa dari-Nya, maka rugilah kita.

Jadi ya-lah empat perkara kamek maok ketengahkan. Kamek hanya orang biasa yang riso benda tok dalam Sarawak. Kemajuan kita bukan mengikut landas orang lain. Biarlah orang lain, negeri atau negara lain maju dengan kasino. Sarawak, majulah dengan benda lain. Kamek yakin, Sarawak boleh maju tanpa kasino. 

Dan kepada Menteri-menteri Sarawak, Muslim atau non-Muslim, khususnya kepada YAB Premier Sarawak, nilailah isu tok dari sudut generasi dan kesan kepada masyarakat Sarawak. Mun ada sebahagian masyarakat kita sik selesa dengan cadangan macam tok, bermakna adalah yang sik kenak di sia. Sayangilah anak bangsa kita dengan membuat pilihan untuk membatalkan cadangan buka kasino di Sarawak.
Saya bukan sapa-sapa.

Saya orang Sarawak, anak Sarawak. 
Saya menulis dan bersuara untuk Sarawak kerana saya sayangkan Sarawak dan orang Sarawak.

SAHRUL KHAIR OSMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
Miri, Sarawak – HARAKAHDAILY 5/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -