Hukum gugur janin yang cacat

- Advertisement -

APA hukum menggugurkan janin yang cacat (Hydrop Fetalis) akibat penyakit keturunan Thalassemia?

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 dalam membincangkan isu menggugurkan janin pembawa atau pengidap penyakit Thalassemia ialah:

1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;

2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan

3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

Perbincangan dengan pakar yang merawat amat penting untuk mendapatkan pandangan beliau sama ada meneruskan kandungan atau sebaliknya itu boleh mendatangkan mudarat ataupun tidak. 

Sebab akhirnya bayi samada digugurkan ataupun dilahirkan itu tidak akan hidup lama.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 3/5/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -