Qardh al-Hasan ganti cagaran KWSP

Senator Musoddak Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menarik balik pelaksanaan cadangan pencarum membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Senator Musoddak Ahmad berkata, perkara itu juga perlu diperhalusi semula kerana ia bukan langkah yang bijak bahkan menambah beban rakyat khususnya golongan B40. 

- Advertisement -

“Saya mencadangkan supaya satu bentuk pembiayaan Qardh al-Hasan (pinjaman ihsan) diperkenalkan jika kerajaan bercadang untuk meneruskan inisiatif ini.

“Kita tidak seharusnya menambah beban yang ada dengan beban dan tanggungan yang baharu,” katanya ketika perbahasan usul pengeluaran KWSP bersasar di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau juga berharap agar kementerian dapat mengeluarkan KWSP kepada golongan yang bersasar sahaja.

“Maka kerajaan Madani hari ini, saya yakin kerajaan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Sudah tentulah akan diberikan perkara yang baik untuk rakyat dalam negara kita ini kerana rakyat sangat memerlukan kewangan ketika ini,” katanya.