Generasi tanpa rumah membimbangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Generasi tanpa rumah pada masa akan datang dibimbangi akan menyumbang kepada krisis sosial di negara ini.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, keadaan yang membimbangkan itu adalah akibat majoriti rakyat tidak mampu mempunyai rumah akibat pendapatan tidak seimbangan.

- Advertisement -

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, keadaan yang membimbangkan itu kerana secara majoriti, pendapatan rakyat tidak seimbang dengan harga rumah.

“Adakah kerana wujudnya spekulator yang berperanan menaikkan harga rumah dan jika benar, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut,” katanya bertanyakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pemilikan rumah bergantung kepada faktor pendapatan dan harga rumah itu sendiri.

Katanya, seramai 15,024 orang mendapat manfaat dengan jumlah nilai pembayaran sebanyak RM1.91 bilion selepas kerajaan mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membantu mereka memiliki rumah pertama.

“Walaupun harga rumah meningkat dan pendapatan tidak seiring, namun inilah intervensi yang berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -