Isu 1MDB bagai selit celah karpet

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disebut sebagai kes rasuah atau kes salah guna isu kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2023.

- Advertisement -

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, kerajaan yang dulu pernah menjadi pembangkang tidak pernah putus menyebut tentang isu 1MDB.

“Saya tidak tahulah, 1MDB ini telah disapu di celah karpet yang mana, ia tidak perlu disebut juga sebenarnya tetapi bila menyebut tentang isu kewangan dan sebagainya, kenapa sekarang cuba nak menyembunyikan 1MDB. Adakah menjaga hati rakan di sebelah?

“Bila Ahli Parlimen Damansara (Gobind Singh Deo) menyebut berkenaan dengan indeks rasuah, di antara perkara yang saya fikir tidak akan membantu kepada mencantikkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ini adalah pelantikan Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri yang masih lagi terlibat dalam kes salah guna kuasa.

“Ia sangat besar impaknya kepada isu ketelusan dalam negara kita pada hari ini, betul yang disebutkan Damansara, saya setuju sangat, isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) dan sebagainya yang disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada penggal yang lepas.

“Tetapi dengan pelantikan seorang yang masih ada dakwaan di mahkamah sebagai seorang anggota eksekutif yang paling tertinggi, saya rasa tidak membantu peraturan prestasi indeks,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, timbul isu PAS ada dalam PERIKATAN NASIONAL, boleh saja ‘berkawan’.

“Ya, kita berkawan bentuk kerajaan dan bagi sokongan, tapi kita tidak melantik di dalam Kabinet, orang yang ada isu-isu pendakwaan seperti ini.

“Ini bukan sahaja dilantik, terus diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini satu perkara yang saya fikir benda yang perlu diperhatikan kawan-kawan kita di sebelah sana,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 27/2/23

- Advertisement -