IPR: PM sebut 130,000 rakyat, Menteri Ekonomi 100,000

Mohd Syahir Che Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mempersoalkan perbezaan jumlah rakyat tersusah antara yang disebut Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi.

- Advertisement -

Katanya, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi semalam. Menurutnya, difahamkan kerajaan menyasar 100,000 peserta daripada isi rumah miskin tegar dan B40, yang menyertai IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan, bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Namun, ujarnya jika diperhatikan dalam ucapan Belanjawan 2023 Perdana Menteri, kira-kira 130,000 rakyat tersusah akan dibantu, dan kemiskinan tegar ini akan dinoktahkan tahun ini.

“Soalan saya, ada perbezaan jumlah rakyat tersusah daripada ucapan PM dan laporan media majlis pelancaran Menteri Ekonomi semalam, PM sebut 130,000 rakyat termiskin, tetapi Menteri Ekonomi sebut 100,000 peserta,” ujarnya Ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, tempohnya PM sebut tahun ini yang berbaki 9 bulan sementara Menteri Ekonomi mnyebut program itu melibatkan pemantauan 24 bulan iaitu 2 tahun.

“Apapun saya bersetuju dengan Larut (Dato’ Seri Hamzah Zainudin) dan Beluran (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee), kita mahu noktahkan dalam tempoh 1 tahun insya-Allah.

Justeru, ujarnya di situ pentingnya kesediaan sebuah sistem pangkalan data bersepadu melibatkan kesemua agensi yang terlibat, yang telah dimulakan oleh pentadbiran terdahulu.

Ini, ujar beliau bagi menyelaraskan maklumat penerima serta bentuk bantuan yang diperlukan, supaya tidak berlaku risiko inclusion and exclusion error (kesalahan memasukkan dan keciciran penerima). – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -