Kerajaan perlu lantik seorang Timbalan Menteri Agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mencadangkan kerajaan melantik seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi membantu mengurus hal-hal berkaitan agama.

- Advertisement -

Saranan itu disuarakan beliau setelah berpengalaman sebagai Menteri Agama di jabatan tersebut yang terpaksa mengendalikan 14 buah agensi di bawah kementeriannya.

“Saya mohon supaya Timbalan Menteri Agama di JPM perlu diadakan, kerana saya sedih tengok.

“Saya ada pengalaman sebagai Menteri (dulu), nak menguasai dan mengawal 14 agensi memang tak menang tangan dengan seorang menteri sahaja,” katanya dalam ucapan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 9 Disember 2022, Perdana Menteri mengumumkan 27 barisan timbalan menteri bagi memperkuat saf kepimpinan kerajaan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara tidak dinyatakan di dalam senarai berkenaan.

Ini bermakna, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerajui penuh dalam hal ehwal agama manakala Ago Anak Dagang bagi Kementerian Perpaduan Negara. – HARAKAHDAILY 21/2/23

- Advertisement -