Isytihar kadar dividen TH lebih kompetitif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) meminta kerajaan dapat mengisytiharkan kadar dividen Tabung Haji (TH) yang lebih kompetitif berbanding tahun sebelum ini.

- Advertisement -

Katanya, agihan keuntungan TH kepada pendepositnya merekodkan kadar pertumbuhan pulangan yang baik pada 2019.

“Pada tahun 2019, agihan dividen daripada keuntungan kepada pendesposit TH menunjukkan kenaikan 3.05 peratus kepada 3.1 peratus sehingga tahun 2021.

“Saya menjangkakan dan mengharapkan kerajaan pada masa sekarang akan mengisytiharkan dividen yang lebih kompetitif yang mungkin lebih daripada apa yang telah pun dinikmati sebelum ini,” katanya dalam perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, pakar ekonomi menjangkakan pulangan dividen TH bagi 2022 akan sederhana kerana institusi itu mengamalkan strategi pelaburan yang selamat ekoran ketidaktentuan ekonomi global.

Untuk rekod, setakat 30 September 2022, pecahan aset TH meliputi 60.1 peratus atau RM52.79 bilion adalah pendapatan tetap; hartanah (8.7 peratus atau RM7.63 bilion); ekuiti domestik 16.5 peratus (RM14.51 bilion); ekuiti asing 5.1 peratus (RM4.49 bilion); ekuiti swasta 1.1 peratus (RM974 juta); dan pasaran wang 8.5 peratus (RM7.44 bilion). – HARAKAHDAILY 21/2/23

- Advertisement -