Komander (B) Nordin persoal pengurangan kapal LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan sekarang untuk mengurangkan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) menarik keprihatinan Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail, yang mempersoalkan perkara itu di Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Ini menyebabkan beliau meminta Menteri Pertahanan memperjelaskan keputusan untuk mengurangkan jumlah kapal LCS.

“Sehingga kini, kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) selaku kontrak yang dilantik.

“Adakah ini bermakna kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan siling RM9.18 bilion untuk enam buah kapal kepada jumlah RM6.08 bilion sahaja untuk lima buah kapal?,” katanya ketika bertanyakan soalan tambahan padsa sesi pertanyaan jawab lisan, hari ini.

Nordin Ahmad Ismail

Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hassan, berkata tiada pengurangan kos bagi lima LCS walaupun dikurangkan daripada enam kepada lima buah.

Katanya, tindakan itu berikutan tiada pengurangan dalam kos yang telah diluluskan disebabkan banyak variation order (vo) (perubahan kerja) serta pertambahan kos barang yang meningkat.

“Wang (yang ada) telah digunakan. Saya sendiri melihat di dalam gudang Boustead Naval Shipyard semua (peralatan) sudah dibeli, bahkan kapal LCS pertama, (sudah ada) enjin dalam badan kapal, gearbox, shaft, propeller.

“Cuma hendak pasang alat-alat pertahanan atau persenjataan dan elektroniknya sahaja, jadi tinggal lagi teras satu sahaja untuk di pasang,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/2/23

- Advertisement -