Madani: Rakyat pantau PH-BN adil atau sekat peruntukan

Dato' Mohd Nassuruddin Daud
- Advertisement -

GOMBAK: Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan kerajaan campuran hari ini sama ada berpandukan kepada Rasulullah SAW atau firaun.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, madani yang diajar oleh Islam tidak boleh berbohong.

“Tuan puan pun lihat bagaimana kerajaan hari ini dengan segala janji sebelum ini kita lihat janji mereka tidak tepati.

“Walaupun ada enam rukun madani macam rukun iman juga, kemampanan, ihsan, kesejahteraan, saya bukan nak tolak kesejahteraan tetapi asas kepada sesebuah kerajaan yang dibina atas asas Islam madani yang paling utama diwujud oleh Rasulullah SAW yang disebut dalam Sahifah Madinah, mana-mana perselisihan berlaku tempat rujuk kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW.

“Perkara ini tidak ada dalam madani yang diwujudkan oleh PH bersama Umno. Kalau sebelum ini kita dengar hari ini menang esok harga minyak turun, tak turun-turun, itu contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Kelantan Prihatin 2.0 Bersama Anak Kelantan Di Perantauan Zon Lembah Klang di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini malam tadi.

Program itu adalah siri terakhir setelah menjelajah ke enam zon bermula Januari hingga Februari tahun ini.

Dianggarkan seramai 800 orang tetamu termasuk Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan NGO hadir majlis tersebut.

Menurut Nasruddin lagi, rakyat sedang memantau madani yang dibawa oleh kerajaan PH-BN sama ada memberi keadilan kepada semua atau menyekat pihak yang tidak sealiran.

“Zaman Nabi SAW diberikan keadilan kepada semua termasuk yang bukan Islam. Nabi SAW pernah bersabda bermaksud: barang siapa menyakiti seorang zimmi (non-Muslim yang tidak memerangi umat Islam), maka sesungguhnya dia telah menyakitiku.

“Kita nak tengok madani pada hari ini rujuk kepada Rasulullah SAW, maka setiap kali kata nak turun harga minyak, wajib kena turun.

“Berjanji nak bagi rolyalti minyak, dia  berjanji masa duduk dengan kawe, bukan janji nak bagi lima atau 20 peratus, tapi kalau demo bagi lima peratus sudah cukup.

“Kalau demo bagi royalti kepada kerajaan Kelantan baru kita iktiraf madani yang dilaung-laungkan,” katanya.

Tambah beliau yang juga Adun Meranti, peruntukan kepada ahli parlimen diharapkan supaya diberikan kepada semua.

“Itu baru madani,” katanya.

Beliau berkata, pada zaman PERIKATAN NASIONAL menerajui kerajaan semua peruntukan ahli parlimen diberikan sama ada kerajaan atau pembangkang. – HARAKAHDAILY 19/2/2023

- Advertisement -