Pakatan beri ‘harapan palsu’ hapus hutang PTPTN

- Advertisement -

SEMALAM YB Pandan Rafizi Ramli juga merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi menjelaskan yang kerajaan tidak mampu tunaikan janji Manifesto PH PRU15 untuk pengampunan hutang PTPTN bersasar buat mahasiswa B40 kerana peluang tersebut telah ‘terlepas’ pada 2013. 

Kini kata beliau, ianya tidak lagi mampu dilakukan setelah hutangnya mencecah sekitar RM50 bilion.

Persoalan kami:

Kalau begitu, apakah hujah dan bentuk kajian yang dilakukan oleh Pakatan Harapan ketika mengusulkan hal ini boleh dilakukan dalam Manifesto PRU15 yang lalu? 

Apa basis PH membuat janji ini?

Apa formula rahsia yang ada pada PH sehingga mampu menawarkan cadangan sebegitu dan dijaja dalam kempen PRU15? 

Apakah PH sudah tahu hal ini tidak mampu dilakukan tetapi tetap berjanji bulan dan bintang untuk mengampun atau hapus hutang PTPTN di kalangan B40? 

Nampaknya janji dan harapan palsu ini tak jauh beza dengan janji ‘menang hari ini, esok minyak turun’. Janji dan Harapan Palsu belaka. 

⚠️: Kedua-dua parti Barisan Nasional dan PERIKATAN NASIONAL tidak mengusulkan pengampunan atau penghapusan hutang dalam Manifesto PRU15. 

Rujuk laporan berita:  

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/02/880217/govt-unable-forgive-ptptn-loans-says-rafizi

YB WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Ahli Parlimen Machang – HARAKAHDAILY 16/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -