‘Kalau elok pemimpinnya, eloklah bangsanya’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dasar yang ingin dipamerkan kerajaan campuran PH-BN menerusi konsep madani hendaklah jelas dan tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.

- Advertisement -

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kalua pemimpinnya elok, maka eloklah bangsanya.

“Kalau elok pemimpinnya, insya-Allah eloklah bangsanya, tapi kalau rosak pemimpinnya dengan membawa idealogi yang salah dan tidak bertanggungjawab, maka musnahlah masa depan anak bangsa dan negara,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, kegagalan kerajaan campuran menangani dengan cermat isu-isu geopolitik akan menjejaskan secara keseluruhan aspek rantaian bekalan, kewangan, nilai mata wang dan ekonomi.

Katanya, kepercayaan pelabur mesti diutamakan dengan Putrajaya perlu ada dasar yang menarik dengan insentif-insentif yang akan memberi situasi menang-menang.

Tambahnya, beberapa struktur pemudahcara perniagaan dan perdagangan yang sedia ada, harus diubah bagi menjadikan Malaysia lebih kompetitif berbanding negara-negara pesaing kita terutama dari aspek polisi dan keselamatan.

“Komitmen ini penting kerana ia akan memberikan keyakinan kepada para pelabur,” katanya yang juga Ahli Parlimen Larut. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

- Advertisement -