‘Begitulah perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengenangkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimbau pelbagai kenangan manis, hiba dan penuh semangat.

- Advertisement -

Mengenangkan dirinya mengimbau pelbagai kenangan manis, hiba dan penuh semangat,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, malam ini.

Katanya, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan sosok Murabbi Ummah yang tidak pernah luntur semangatnya untuk memperjuangkan Islam di bumi Malaysia dan Kelantan secara khususnya.

Bahkan, ujarnya sehingga akhir hayat Almarhum terus berjuang dalam PAS, walaupun berdepan dengan pelbagai serangan dan kecaman lawan.

Namun, tegas beliau Islam tetap menjadi asas perjuangan utama beliau Almarhum.

“Terlalu kecil ujian yang dihadapi kini, jika diambil iktibar daripada istiqamah dan iltizam yang beliau pamerkan sepanjang usianya dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat dan mempertahankan kesucian agama.

“Begitulah perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Hari ini, kata beliau sudah genap lapan tahun pemergian Almarhum menemui Rabb al-Jalil.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi lagi, ketika hidupnya, dihina dan dicaci sementara matinya pula, dimuliakan dan dipuji.

“Kita semua juga menanti untuk dijemput kembali kepada Allah SWT, maka persiapkan bekalan taqwa dan amal untuk kita persembahkan di hadapan-Nya kelak.

“Mudah-mudahan, beliau beroleh rahmat dan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 12/2/2023

- Advertisement -