‘Tiada yang terselamat’ dalam nahas pesawat Nepal

Kedua-dua kotak hitam, perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan pesawat malang yang terhempas ke dalam gaung sungai di Nayagaun, Pokhara, Nepal sudah ditemui pada 16 Jan 2023. (FOTO: EWN)
- Advertisement -

KATHMANDU, Nepal: ‘Tiada mangsa yang terselamat’ daripada nahas pesawat Yeti Airlines berhampiran Lapangan Terbang Pokhara baharu Nepal.

- Advertisement -

Ketua pegawai Daerah Kaski, Tek Bahadur K.C. pada Isnin (16 Jan) berkata bahawa sekurang-kurangnya 69 daripada 72 yang berada di dalam pesawat itu telah meninggal dunia, dengan penyelamat mencari  tiga mayat terakhir yang masih belum ditemui, lapor The Washington Post.

“Tiga mayat itu  kini ditinggalkan di dalam gaung yang sangat dalam di lokasi kejadian. Sangat sukar untuk masuk ke dalam gaung sedalam 300 meter dan sangat sempit itu,” jelasnya.

Terdapat sebilagan mayat penumpang pesawat malang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara yang terhempas pada 15 Jan 2023 ini tercampak ke dalam gaung sungai sempit pada kedalaman 300 meter. (FOTO: CNBC)

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa, Tribhuvan Kathmandu dan ahli jawatankuasa penyelarasan menyelamat, Prem Nath Takur pula berkata, pihak berkuasa telah menemui kedua-dua kotak hitam, perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan, dari lokasi nahas pesawat itu. 

“Kesemua peralatan itu akan diserahkan kepada ahli jawatankuasa siasatan, yang tiba di lokasi nahas pada hari ini (Isnin, 16 Jan),” ujar Thakur.

Penerbangan malang itu berlepas dari ibu negara, Kathmandu, kira-kira jam 10.30 pagi, waktu tempatan, pada Ahad (15 Jan) menuju ke Pokhara, sebuah bandar yang terletak  kira-kira 125 batu ke barat Kathmandu yang popular dalam kalangan pelancong.

“Penerbangan itu dijangka mengambil masa kira-kira 25 minit, dan pihak berkuasa dimaklumkan mengenai nahas itu kira-kira jam 11 pagi, kata Asisten Sub Inspektor, Rudra Thapa dari pasukan polis Pokhara pada Ahad tersebut.

Lokasi nahas pesawat Nepal di dalam jurang faung sungai yang dalam dan sempit menyukarkan operasi pencarian mangsa. (FOTO: The San Diego Union)

Punca nahas itu tidak jelas pada Isnin, yang diisytiharkan sebagai hari berkabung kebangsaan negara itu.

Rakaman video menunjukkan pesawat itu, pesawat enjin berkembar  turboprop ATR 72-500 itu terbang rendah dan condong ke tepi beberapa saat sebelum ia jatuh. 

Pesawat terbakar

Video lain yang disiarkan dalam talian menunjukkan pesawat itu terbakar, dengan kepulan asap besar keluar dari lokasi nahas ketika berpuluh-puluh orang penyelamat mengerumuninya.

“Mayat mangsa warga Nepal yang telah dikenal pasti akan dikembalikan kepada keluarga selepas pemeriksaan bedah siasat selesai. 

“Sementara mayat warga asing yang telah dikenal pasti akan dihantar ke Kathmandu pada hari ini (Isnin, 16 Jan),” ujar K.C.

Sebahagian serpihan bangkai pesawat Nepal yang membawa 72 penumpang sebelum nahas berlaku. (FOTO: Mathrubhumi English)

Kesemua lima penumpang India maut

Sementara The Quint.com melapprkan terdapat lima penumpang India di dalam pesawat 72 tempat duduk itu, seperti yang disahkan oleh Kedutaan India dan syarikat penerbangan, yang mana kesemuanya kini disahkan meninggal dunia.

Yeti Airlines berkata bahawa lima warga India di atas kapal itu telah dikenal pasti sebagai Abhisekh Kushwaha, Bishal Sharma, Anil Kumar Rajbhar, Sonu Jaiswal, dan Sanjaya Jaiswal.

Facebook Live yang didakwa oleh Jaiswal, seorang penumpang India dalam pesawat Yeti Airlines malang itu, menunjukkan pesawat itu membelok tajam sebelum ia terhempas dan terbakar pada Ahad (15 Jan).

Facebook Live Sonu Jaiswal sejurus sebelum pesawat Nepal, Yeti Airlines terhempas pada jam 10.30 pagi semalam, 15 Jan 2023. (FOTO: BoomLive.in)

Menurut kenyataan syarikat penerbangan, sekurang-kurangnya 53 warga Nepal dan 15 warga asing berada dalam penerbangan itu, termasuk lima dari India, empat dari Rusia, dua dari Korea Selatan, dan masing-masing seorang dari Argentina, Australia, Perancis dan Ireland.

Hampir 350 orang maut dalam nahas pesawat atau helikopter di Nepal sejak tahun 2000, dan Kesatuan Eropah (EU) telah mengharamkan semua syarikat penerbangan yang berpangkalan di Nepal dari ruang udaranya sejak 2013 atas faktor kebimbangan dari aspek keselamatan.

Pada Mei tahun lepas, 22 orang terbunuh dalam nahas dalam penerbangan yang melibatkan sebuah lagi pesawat enjin berkembar yang dikendalikan oleh Tara Air, anak syarikat Yeti Airlines yang berlepas dari lapangan terbang lama Pokhara dan menuju ke Jomson, sebuah bandar pelancongan kira-kira 20 minit perjalanan. – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -