Dulu Mohamad cakap lain, kata Hamzah

- Advertisement -

TUMPAT: Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyifatkan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohamad Hasan tidak bercakap jujur apabila mengatakan DAP lebih ikhlas daripada PAS.

- Advertisement -

Malah katanya, tindakan Umno itu juga menunjukkan pendirian parti itu seolah-olah cakap tidak serupa bikin.

“Saya, Wallahi ingin cerita bahawa beliau ada datang berjumpa dengan saya di kediaman saya dan dia (Mohamad) memaklumkan sekiranya presiden Umno ingin bekerjasama dengan DAP dia lah orang yang pertama akan menentang.

“Namun, pada akhir-akhir ini dia menunjukkan bahawa dulu cakap lain dan hari ini cakap lain, apapun hati-hati lah dengan orang sebegini,” katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan selepas selesai menyampaikan bantuan kepada pendududk terjejas banjir, di sini, hari ini. Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob turut hadir. (Foto atas)

Mengulas lanjut perkembangan sama katanya, dalam pertemuan itu juga turut disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Terdahulu media melaporkan, Umno bekerjasama dengan DAP pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak bermuka-muka dan berpura-pura dalam setia kawan.

Mohamad berkata jika parti itu bersama dengan PN, Umno hanya menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan penduduk yang sama. – HARAKAHDAILY 12/1/2023

- Advertisement -