Menteri Kesihatan dituntut beri gambaran sebenar ancaman Covid-19

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

TINDAKAN negara China mengutuk dan mengancam tindak balas terhadap negara-negara yang mengenakan syarat ujian baharu Covid-19 terhadap warganegaranya susulan lonjakan kes harus diberi perhatian serius oleh Kerajaan Malaysia.

- Advertisement -

Kita mesti menyatakan langkah yang tegas, berani dan mengambil sikap proaktif berhubung potensi ancaman penularan kes Covid-19 dari negara China mutakhir ini.

Kebanyakan rakyat menzahirkan kebimbangan malah beberapa negara telah mengambil tindakan lebih awal daripada Malaysia.

Justeru, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut YB Menteri Kesihatan tampil untuk memberi penjelasan menyeluruh dan situasi sebenar potensi ancaman penularan Covid-19 di Malaysia bagi mengelakkan persepsi yang tidak benar.

Tambahan lagi, maklumat daripada WHO juga tidak terperinci berbanding realiti di China yang digambarkan semakin serius.

Setakat ini, kerajaan belum mengemukakan tindakan muktamad sama ada untuk menyekat atau mengetat syarat kemasukan pelancong asing khususnya dari China ke Malaysia.

“Malaysia Sejahtera”

YB. Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
Bertarikh: 11 Jamadilakhir 1444 / 4 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 4/1/2023

- Advertisement -