Tuanku kata jangan berpolitik kepartian dalam masjid, surau

Ustaz Shahril Azman Abd Halim
- Advertisement -

TUANKU Sultan kata jangan berpolitik kepartian di dalam masjid, surau.

- Advertisement -

Bukan halang wakil rakyat nak sampaikan kuliah Tafsir, kuliah hadis, kuliah aqidah ahli sunnah wal jamaah, kuliah tasawuf dan lain lain lagi yang berkait dengan agama Islam.

Sepatutnya Exco agama pantau isi kandung kuliah yang disampaikan oleh YB, bukan halang terus wakil rakyat daripada menyampaikan ilmu kepada rakyatnya.

Antara tanggungjawab wakil rakyat ialah mendidik dan memimpin rakyatnya ke arah yang diredhai Allah, dengan memahamkan agama kepada masyarakat agar menjadi insan yang berilmu yang patuh dan taat kepada Allah.

2018 yang lalu, apabila kami 8 YB PAS menang. Kami mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Pahang, dan menyatakan 6 YB kami adalah lulusan agama dan sebagai wakil rakyat, kami ingin meneruskan kuliah kuliah kami di masjid surau tanpa memasukkan unsur-unsur politik kepartian. (Sila Pantau).

Tuanku Sultan kata, bagus, bagus. Ia sangat bermanfaat untuk rakyat.

Tiba tiba bila Umno Pahang hilang banyak kerusi dan bergabung pulak dengan DAP, mereka menjadi orang yang hilang pertimbangan antara dosa dan pahala.

Sepatutnya halang judi, halang hiburan yang melampau, halang pemimpin Umno yang masih bersalam antara lelaki dan perempuan ajnabi di khalayak ramai tanpa rasa bersalah dan halang semua perkara maksiat. Bukan sekat YB yang nak sampaikan ilmu.

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABDUL HAMID
ADUN Jengka, Pahang – HARAKAHDAILY 25/12/2022

- Advertisement -