Perpaduan dijaga, ukhuwah dipelihara

- Advertisement -

KOTA MARUDU: “Dalam kehidupan kita, yang penting adalah kedamaian dan perpaduan,” kata ADUN (lantikan) Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

Katanya lagi, perpaduan perlu dijaga dan ukhuwah perlu sentiasa dipelihara.

“Inilah kehidupan kita di negeri Sabah. Walaupun berbeza agama, tetapi rasa kasih dan sayang tu tetap bersama dan mudah-mudahan negeri ini akan terus hidup dalam keadaan aman, harmoni dan perpaduannya semakin mantap dari hari ke hari.

“Saya mewakili PAS Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Sabab yang akan menyambut hari Krismas khususnya pada 25 Disember,” kata beliau ketika menziarahi pihak Gereja SIB Mangaris 2, di sini kelmarin.

Beliau berharap, semoga hubungan kekeluargaan semua masyarakat semakin rapat dan ikatan pertalian ukhuwah persaudaraan juga semakin kuat.

Dr Aliakbar yang juga Setiausaha PAS Sabah telah melawat beberapa tempat dalam kawasan Parlimen Kota Marudu.

“Sebahagian besar petugas sudah bersedia dan menanti penubuhan PAS Kawasan Kota Marudu,” katanya.

Menurutnya lagi, penubuhan PAS Kawasan Kota Marudu dapat direalisasikan secara rasmi tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 24/12/2022

- Advertisement -