Fitnah: Beg tangan isteri MB Kelantan RM300, bukan RM26,000

- Advertisement -

KOTA BHARU: Beg tangan isteri Menteri Besar Kelantan semasa menyambut Perdana Menteri dan isteri yang melawat situasi banjir baru-baru ini hanya berharga sekitar RM300 bukannya RM26,000 seperti didakwa.

- Advertisement -

Demikian penjelasan Unit Komunikasi Menteri Besar (UKMB) Kelantan menerusi laman Facebook.

Kenyataan itu menyatakan ia adalah cubaan mereka fitnah untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan kerajaan negeri.

Menurut kenyataan itu, kali ini adalah cubaan fitnah untuk menjejaskan reputasi Menteri Besar Kelantan menerusi fitnah penggunaan beg tangan isteri itu yang berjenama mewah tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan tersebut.

“Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300 bukannya mewah sehingga berharga RM 26,000 seperti didakwa,” ujarnya.

Tambahnya, dalam situasi musibah banjir, di saat kepimpinan kerajaan negeri bertungkus lumus menguruskan, membantu dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang susah masih ada satu pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam.

Menurut UKMB lagi, rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan character assasination yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 24/12/2022

- Advertisement -