Mayat terakhir tragedi tanah runtuh ditemukan

- Advertisement -

BATANG KALI: Mayat terakhir mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditemukan anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR), petang ini.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah, mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama.

Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai penemuan mayat itu akan dimaklumkan kemudian.

Tragedi runtuhan yang berlaku pada pada 2.42 pagi, 16 Dis lepas meragut 31 nyawa, manakala 61 lagi selamat.

Seramai 92 mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. – BERNAMA

- Advertisement -